23.1.16

Kadang-Kala

Assalammualaikum..
Termenung di Airport Hong Kong Mengenang nasib si perantau.. huhu

Kadang-kadang hakak bukan nak cakap ape la kan, hakak ni walaupon nampak garang namun hakak berhati nurani tau.. rapuh dik non dalaman ni. haha :p

**
Kadang-kadang aku letih layan perangai manusia ni. Tapi dah keje kan, aku hadap je la kan..

Kadang-kadang aku penat sangat. Tapi demi pelanggan tersayang aku gagahkan juga diri lari sana sini untuk cari orang hilang, untuk cari info terlebih dahulu serta apa-apa saja yang aku nak aku dapat tahu dulu.

Kadang-kadang aku rasa marah. Tapi aku tak boleh tunjuk sebab ni tanggungjawab aku. Aku kena jugak laksanakannya.. Aku tak boleh lepaskan marah ni.. Walaupun dalam hati rasa nak meletup..

Kadang-kadang aku takut. Tapi aku kene tunjuk aku berani sebab aku ketua rombongan, aku kene kuat dan berani.. aku kene pasak kat kepala yang aku kene sihat, aku kene lebih pantas, aku kene bijak, aku kene lebih berani daripada abang sado.. Semua aku kene buat, semua aku kene jadi! Aku kene jadi manusia yang bukan Aku!.. hemm

Kadang-kadang aku rasa nak nangis. Tapi aku kene tahan sedih sebab aku kan kene jadi kuat. Hati aku sado kot, tapi balik hotel masuk bilik air nangis bawah shower. hwuaa T_T

Kadang-kadang aku pelik dengan manusia. Tapi aku susah nak ramal manusia ni. Aku tolong sampai jadi macam balaci tak berbayar kau kot, pon ko komplen aku ni lembap, aku tak tahu, aku tak ambil peduli. Korang sedar tak aku pun manusia macam korang kot. Aku ni hanya insan yang lemah. Aku bukan ironman, aku bukan ipman, aku bukan sherlock holmes, aku bukan spiderman dan man-man yang sewaktu dengan nya.. huhu

Aku bukan merungut, tapi kadang-kadang aku letih dengan perangai manusia akhir zaman yang jarang nak besyukur, jarang rasa nak buat baik, kurang rasa belas kasihan.. Aku tak tahu diorang ni kadang-kadang makan apa sampai hati jadi hitam dan buta..

Namun, walau apa pun dugaan yang aku tempuh, aku sentiasa ingat pesan abah, yang aku kene sentiasa positif dan sabar je.. Nanti kalau susah macamana pun, mintak tolong dengan Tuhan. InshaAllah Allah akan bantu walau dalam bentuk apa pun . InshaAllah aku ingat sentiasa. Terima kasih abah dan ibu kerana walau pun ibu dan abah jarang ada di sisi Anis, tapi nasihat dan kata-kata ibu abah sentiasa di telinge Anis. Anis dengar, Anis rasa dan Anis faham. Anis kene kuat kat dunia yang hanya sementara ini kan..

**
Ok la, tu je luahan hati keknis kali ni.. huahua..
Aku bukan marah, bukan merungut, bukan mengeluh..
Tapi aku cuma kecewa, aku cuma sedih, cuma rasa letih..
Bila kebaikkan yang kita beri, namun masih tidak memuaskan hati manusia..
Memang hati kena ikhlas dan jangan harap apa-apa daripada apa yang kita lakukan..
Namun aku hanya la manusia biasa, aku hanya punya sekeping hati yang rapuh..
Walau aku pura-pura kuat, tapi kadang aku tewas jua..
Hemm..
Terima kasih jugak pada yang banyak membantu, banyak kesian kat aku walau aku tak minta..
Aku juga seorang perantau worrior.. yang berlawan dengan diri sendiri di bumi yang asing bagi ku.. Maka, fahami la aku jua.. Bukan aku minta di lebihkan, cukup hanya ingin rasa di hargai..

Sekian, Terima Kasih   
#luahandasarlubukhatikeknis..


Lom ada mood nak update travel g krabi, phuket, hanoi dan hongkong shenzhen aritu. Sebab aritu dok sebok siapkan assigment.. Serba salah pulak kalau blog update, assgment tak siap..huhu

Ok la BAi .. Assalammualaikum ^_^


1 comment: