2.10.15

TRIP TURKI 22 - 31 DEC 2014 (PART II)

Assalammualaikum Duniaa..

Berjumpa lagi kita setelah bebulan-bulan malas nak menaip.. haha


Kalau rajin , link bawah ni cerita pasal turki episod 1. hehe 

TRIP TURKI 22-31 DEC 2014 (PART I)

Sekarang nak sambung cerita ke Hot Air Ballon Di Cappadocia pulakk.. Benda ni adelah perkara paling aku tunggu-tunggu seumur hidup aku, ahaks.. Nak-nak masa ni baru keluar cerita Manisnya Cinta Di Cappadocia kan, lagi la aku rasa tazabar. Tak semua group yang pergi dapat naik ballon ni, sebab mereka kene tengok dulu angin pada hari tersebut. Kalau angin kuat, maka tak dapek la nak naik. Tapi Alhamdulillah rezeki aku dan ahli rombongan dapat naik aritu.. ^_^

Gerak dari hotel dalam pukul 5.30pagi. Sapa yang tak nak naik boleh stay je kat hotel *sila menangis di tepi bucu katil yer* hew hew.. Kami singgah solat subuh di masjid bedekatan. Lebih kurang 15 minit perjalanan dari hotel ke tempat Hot Air Ballon.
Gambar gegar sebab tangan semua ketaq sejuk gile pepagi bute, hehe

Sebelom naik ballon, kami sarapan pagi di sini dulu sementara tunggu matahari terbit.


Amik gambaq sat sebelom naik

Very The Canteks Uoalss Sunrise From The Ballon ^_^..

Alhamdulillah atas rezeki yang telah Tuhan berikan dan izinkan.. ~.~

Rasa nak amik je gambar di setiap sudut sebab semua canteks gillsss.. 

Naik lebih kurang dalam 45 minit ke sejam kalau tak salah. Ok la kan, tak scary langsung.. Malah rasa tak nak turun..ngeh ngeh

Lepas turun je daripada ballon, mereka ada buat sambutan minum-minum sket untuk semua. Ade orange juice for muslim, dont so worry wokeh.. 

^_^

Im Proud To Be Malaysian

Belanje sket gambaq hakak kat atas ballon.hehe

Gebu-gebu je nampak belon tu kan, geram rasa nak gigit-gigit je. Best sebab dapat rasa lalu celah-celah batu 


Semua juga akan di kalung kan pingat tanda kita dah berjaya naik dan turun daripada atas ballon.
Kita minum dulu *silau mato den*

Kami balik ke hotel dan sambung sarapan pagi. Lebih kurang jam 9 pagi.

Lepas tu kami pergi ke tempat membuat karpet. Pakcik tu terangkan la daripada mana datang nye benang la, bla bla bla.. Hahaha.. 


Lepas tu dia akan hamparkan semua karpet yang dia ada untuk kita tengok. Dan dia terangkan la berapa lama masa yang diorang amik untuk siapkan satu karpet tu. Memang cantek la kan hasil kerja tangan diorang ni. Tapi Harga nya pon cantekss nau nau. Tapi ade jugak la ahli rombongan cik kiah ni yang beli. Alhamdulillah ^_^


Dekat Cappadocia ni masih ada lagi salji-salji yang meliputi gegunung di sini. Cantek gak laa..hehe

Seterusnya kami melawat perkampungan bawah tanah di kaymakli. Memang salute la orang-orang dulu yang boleh hidup bawah tanah macamni.. Sangat gigih untuk hidup.

Aku yang tinggi ni tepakse menundukkan kepala sebab ade tempat yang rendah, ade yang sempit nau nau.

Ni tempat memula masuk, ade orang akan cerita sikit serba sedikit info pasal perkampungan bawah tanah ni. Menarik sangat untuk di lawati..

Perkampungan bawah tanah ni boleh menempatkan ramai orang dan mungkin berpuluh-puluh keluarga duduk dalam ni dalam satu masa. Siap ade bilik-bilik, ada dapur, tempat simpan makan dan segala kelengkapan untuk mereka teruskan hidup dalam ni

Lorong ni agak sempit. Sapa rasa dia berbadan besar baik la fikir 2 3 kali untuk masuk sebab memang sempit, badan aku pon muat2 je nk meloloskan diri dalam ni. Tapi di nasihatkan jangan masuk sekali ramai dalam lorong ni dalam satu masa. Biarkan orang depan da lepas dulu, baru la masuk sikit-sikit. Sebab macam kitorang, semua tak sabar nak masuk semua sekali, pastu sorang depan stuck, semua dalam tu kene bediri kekuda. Lenguh gile weh kepala lutut hakak.. Huahuahua..

Ni Universiti yang ada di kawasan ni. Dapat amik sekilas je masa dalam bas on the way ke tempat makan. 

Aku rasa ni la restoran paling unik yang pernah aku makan seumur hidup aku. Sebab bawah tanah dalam bukit. Owsem weh!!

Suspen je bila masuk dalam ni sebab cahaya yang samar-samar saja dalam kegelapan.
Walaupon dapur bawah tanah, tapi canteks dan kemas kan uoalss

Ni tempat customer aku makan. Di iringi alunan muzik yang mengamit kalbu, Gituew

Aku tak makan sesama dengan customer. Aku makan dengan guide dalam bilik lain. Tapi makanan dia sedap juga, aku tak boleh blah dessert dia adelah bubur pulut putih dan merah. Very the masakan kampung aku time kenduri kesyukuran weh!..hehe.. Dorang ade serve ikan sungai bakar, semua dah eksaited dah nak makan ikan bakar. Sekali rasa nya tawar hebeh lerr. Jangan verangan la nak makan ikan bakar dengan air asam dan sambal yang enak macam makan kat kedai ikan bakar kat Malaysia yer uoalss.. hehe
Lepas dah makan kami pergi ke tempat membuat tembikar. Masa ni kita tengok pakcik tu buat demo sket cara macamana buat tembikar, sambil kami di hidangkan dengan air teh apple. Sokmo minum air teh apple je sepanjang di sini. Memang best la weh!
Halus sungguh hasil kerja tangan diorang tau

Cantek kan ukiran tembikar diorang ni

Masa ni kami berhenti sebentar di Pasabag Valley untuk amik gamba dan minum air delima sebentar.

Cantek kan ^_^.. Haihh, nyaman nya suasana

Sebelah malam pulak kami ade offer optional untuk customer kami. Sesapa yang berminat nak tengok tarian kebudayaan turki, boleh la join malam tu untuk menghiburkan hati.Hehe

Memula tengok kedai tu macam kecik je, rupanya kedai tu dalam ke bawah tanah uoalss.. Dorang ni suke sangat duduk dalam tanah kan.

Walaupon tak berapa faham, tapi tengok je la tarian nye. Ade penceritaan di sebalik tarian-tarian diorang tu. Menarik juga la.

Kekonon masa ni pengantin perempuan kene pilih sapa yang boleh jadi pengantin lelaki dia.

Ni tarian SUFI. Tarian Sufi ni merupakan tarian traditional masyarakat turki. Kalau baca sejarah dia, tarian ni macam tarian suci yang diorang persembah kan untuk golongan di raja zaman dedulu. 

Masa ni sebelom check out daripada hotel di Cappadocia ni. Memang best la tempat ni, rasa berat hati je nak balik. Huhu. Selalu verangan nak lepak dekat sini, Alhamdulillah hajat hakak termakbul jua. Hee ^_^

Dengan Alya, one of my customer ^_^

Sebelom kami sampai ke koru, kami singgah ke kedai barang kemas yang ade dekat-dekat je dengan kawasan hotel yang baru check out tadi.

Beli hakak, jangan tak beli. Hehe

Kami ke Ankara untuk melawat Atarturk Moseleum. Masa dah nak dekat tu, kami pelik kenapa jalan semua jamm dan semua bangunan ade gantung bendera turki dan gamba Atarturk banyak sangat kan. Tapi kami redah je la. Sekali bila sampai je kawasan makam tu, rupanya diorang tutup tempat tu sebab ade macam larian amal yang di rasmikan oleh presiden diorang Ardogan tu. Hampa sekali rasa di hati kami, Tapi tak boleh nak buat apa dah. Polis tu cakap kalau nak masuk kene tunggu dalam 3 ke 4 jam sampai event tu selesai. Tak de keje nak melangak kat situ tak buat apa, membazirkan waktu je kan. Untuk mengubat hati yang lara, guide terus bagitahu terus ke koru untuk check in hotel. Tu je mampu kami buat masa tu. Kita hanya mampu merancang, Allah jua la penentu segala nya kan . -.-'

Dalam tu ada pejabat-pejabat menteri diorang. Sebab Ankara terletak nye pusat pentadbiran diorang. Macam kalau kat Malaysia ni kira Putrajaya la. Hehe
Best nya kalau ade geng nak main baling-baling snow sesame kan, huk huk
Masa sampai kat koru ni hujan agak lebat. Guide cakap kalau hujan lebat esok nya salji akan turun banyak. Memang pon sebab kitorang bangun pagi je seronok seluruh kawasan hotel da putih je. Kat koru ni takde tempat menarik untuk di lawati. Kami hanya bermalam saja sebab ni laluan untuk balik ke istanbul.

Bagi la can hakak posing sket. hew hew

Ni semua ahli rombongan kami. 
Seronok sangat sebab semua baik-baik dan bagi kerjasama yang sangat baik. Terima Kasih semua keluarga sementara saya yang best ^_^. Hehehe

Istanbul, Aku Datang!!!.. ^_^

Sampai je kat Istanbul terus pergi ke Blue Mosque. Besar sangat masjid ni nampak daripada luar, tapi dalam takde la besar sangat. Atau aku yang tak perasan betapa luasnya masjid ni sebab manusia terlalu ramai. Amik wuduk pon jauh di bawah, memang kepit kaki tangan yang mengigil sojuk tu la untuk masuk ke ruang solat yang agak jauh naik ke tingkat atas. Huhu


Ni Gerbang pintu masuk ke Topkapi Palace
Lepas solat kami pergi melawat ke Topkapi Palace. Jalan kaki je daripada Blue Mosque tadi, Sebab jarak nya dekat-dekat je, dan sangat la ramai orang. So tak de la rasa sangat kita menapak jauh. Hehe

Pada sapa yang sampai sini, selain daripada melawat peralatan orang-orang zaman dulu, anda boleh jalan ke bahagian belakang sekali maka anda akan nampak pemandangan yang sungguh indah dan anda akan nampak selat bosphorus daripada sini. So sila la amik gambaq beribu-ribu okeh. Hehe

Bila anda masuk ke kawasan ni, sebelah kanan anda akan ada pameran barang-barang bangsawan raja-raja pada zaman dahulu, di sebelah kiri pulak seperti dalam gambar atas ni, bangunan depan tu lah terletaknya peralatan kepunyaan Rasullullah S.A.W dan nabi-nabi lain. Memang kene beratur panjang, tapi dah alang-alang sampai kan. Bukan senang nak tengok barang-barang nabi. Ade juga janggut nabi di pamerkan dalam tu. Masa masuk dalam tu rase syahdu dan sayu sangat sebab Allah bagi peluang aku tengok semua benda-benda berharga kepunyaan Rasullullah S.A.W dan para nabi yang lain. SubhanAllah ~.~.

   
Lepas dah jenjalan, kami check in hotel di taksim. Yang best nya pakej aku pergi ni sebab kami stay di hotel betol-betol di taksim. Sebab kalau pakej lain kami perlu uruskan sesiapa yang ingin pergi shopping dan jenjalan di taksim square. Tapi kami bebas nak jenjalan mana-mana pon di kawasan taksim square tu belah malam. Tapi aku tak pergi la, sebab seronok sangat lepak bilik hotel yang best dan wangi nau nau ni. Kalau tak salah hotel ni hotel agak baru. Hehehee.

Esoknya, pepagi lagi kami terus pergi ke kedai barangan kulit. Kat sini sebelom kita cuci mate tengok barangan nya, mereka akan buat fashion show dulu. Kelas uoalss.. 
Gituew deme kemain begaye lagi kan.


Muka semangat nak tengok fashion show, kemain duduk depan sekali

Banyak nau nau barangan kulit nya, sampai rambang mate la jugak nak pilih. Tapi aku hanya mampu tengok je la gamak nya.Huhu

Hakak pon nak fefeling model jugak uoalss. Ahaks

Lepas dah bermodelan, kita pergi ke Spice Market pulak untuk shopping. Kalau sapa nak borong barang kat sini pon best jugak. Aku beli banyak gila souvenir kat sini. Hehe
Rambang mata tengok barang-barang kat sini. terutama nya keychain dan fridge magnet. Banyak giloss.. 
Untuk beli turkish delight, guide prefer semua orang beli kat 1 kedai je senang. Boleh dapat murah sikit bagi yang nk beli banyak. Aku memang beli banyak gile la turkish delight kat sini. Kalau rempah-rempah dan bebunga teh tu memang mahai gilos. Huhu. Kedai ni betol-betol depan pintu masuk, kedai blah kanan.

Lepas daripada shopping, kami melawat ke makam Al-Ayubi, ulama zaman dahulu di sini. Di sini juga di tempat kan makam-makam para ulama dan pembesar turki. Di sini juga seorang pelajar Malaysia iaitu arwah Ammar yang meninggal di sini di semadikan dan di kebumikan.

Makam nya terletak di dalam itu.

Izinkan hakak berposing bersama kuching yang sedang kesejukan. Kat sini banyak betol kuching tepi jalan yang gemok gebus. Mungkin sebab time winter kan sejuk, so bile bulu tebal tak la rasa sejuk sangat kan. HEhehe

Masa on the way tu, ade yang request untuk singgah ke Hard Rock Istanbul. Maka guide pon bawak kami ke sana, maka kami pon menapak la dalam hujan ke kawasan ni yang agak dalam dan bas tak boleh masuk ke dalam. Huhu

Lepas tu kami terus pergi makan malam. Walaupon makan ikan tu je, tapi kenyang gak la kan. 

 Nom Nom Nom
Kawasan ni semua deco kedai-kedai nya cantek sangat-sangat. Nampak mewah sangat.


Esok nya pepagi lagi kami dah check out, sebab flight malam tu


Pagi tu salji kecik-kecik mula turun dengan lebat nya di istanbul ni. Kemain sejuk lagi sebab angin nya agak kuat. Pagi tu kami menaiki cruise di selat Bosphorus. Best gak la dapat menikmati keindahan negara 2 benua ni. Di selat ni je la kita dapat lihat antara Eropah dan Asia. Kalau tak salah nak naik ni dalam 60USD. So rugi kalau sapa yang tak nak naik tau. Hee

Bagi la can hakak nk posing ala-ala misteri sikit. HewhEw
Orang lain semua lepak bawah sebab tertutup sambil menikmati teh apple. Aku je gigih lepak atas sambil mengigil kesejukan sebab nak menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan yang sungguh indah ini.

Banyak gila burung-burung camar yang berterbangan masa ni

Sehari sebelum kami naik cruise ni, laut kemain kuat begelora dan bahaya kalau naik. Sampai masuk berita sebab air berhempas sampai naik ke darat. Seram gila tengok. Cantek kan bangunan tu, klasik sangat. Naik cruise ni adalah dalam 1 jam lebih kurang.

Di hari terakhir ini juga kami sempat singgah ke Haia Sofia. Salah satu tempat yang sangat popular di Turki ni. Macam semua tahu sejarah tempat tu yang dahulu nya gereja dan telah di tukar ke masjid. Tempat ni besar sangat-sangat tau. Tiang dia je entah berapa orang punya pemeluk entah. Nampak sangat kukuh setelah beribu-ribu tahun di bina.
Papan tulisan Allah dan Muhammad tu sangat-sangat besar tahu tak. Nampak je macam kecik kan, kalau tengok depan mata betapa besar nya kepingan tu. Kalau tengok depan tu, mimbar nya senget ke kanan sebab hadap kiblat untuk umat islam. Sebab bangunan ni tegak sebagai gereja dulu nya kan. Siap ada gamba Angel dorang lagi atas tu. Tapi dorang tak ubah apa-apa pon daripada segi lukisan dan seni bina nya.
Ramai nau nau orang yang datang melawat dalam ni. Nasib la kan nak amik gambaq pon susah nak focus.. Janji dapat amik gambaq di tengah-tengah bangunan ni, jadi ler.. 

Gigih aku dan alya manjat atas tiang tu tau. Ni kami naik di tingkat 2 bangunan ni. Walaupon tingkat 2, tapi macam 7 tingkat tinggi nye tau. Pastu dia takde tangga, cuma jalan rata batu-batu tu yang macam licin sikit. Susah nak terang kan jalan nya tu, huhu. Tapi hati-hati la eh sebab agak licin batu nya. Dan memang penat uoalss. Kene gigih la kalau nak naik. Heheee


Lepas dah penat-penat berjalan, kami lunch di restoran masakan india. Kemain semua semangat nau nau makan macam pergi kenduri kawen je, hehe. Maklum la dah kat 10 hari makan masakan turki je, sekali dapat kari ayam apa lagi bertambah-tambah la semua makan. hew hew

Last sebelom pergi dinner, kami singgah ke Grand Bazar untuk shopping. Besar sangat bazar ni, make sure jangan sesat dan tak jumpa jalan keluar yer. Hehehe. Barang-barang pon jangan cakap la, macam-macam ade jual kt sini. Aku cume beli sikit tshirt je sebab dah banyak borong kat spice market. Huhu. Tengok je la betapa ramai nya manosia dalam ni. 

Belah kiri aku Mr Nevzat our guide dan Belah kanan aku tu Mr Muslim our coach captain. Dorang ni sumpah baik gile sepanjang trip kami di turki ni. Terima Kasih sangat-sangat kat diorang yang jaga kami selama kami berada di turki. kenangan yang amat terindah dalam hidup aku
Guide tunggu sampai kami masuk dalam gate. baru say babai . Sodeh je raso eh.. ~.~
Flying Back To Reality

Orang kata berangan tu free,hehe.. Daripada dulu lagi macam-macam aku berangan. Alhamdulilah satu-satu angan-angan aku menjadi kenyataan. Cume kena gigih, kena ade usaha yang penting kena doa dan mintak pada Allah selalu. InshaAllah Allah akan permudahkan segala nya. 
Tapi jangan mengharap terlalu tinggi, sebab kalau kita jatuh tersembam ke bumi, aduh saket nya lahai. :p

Sekian, ini saja la perjalanan pengembaraan kami selama 10 hari 9 malam di bumi Turki. Doa aku semoga aku akan sampai lagi ke sini kelak bersama orang-orang yang aku sayang. InshaAllah Amin ^_^.

Alhamdulillah, Syukur Ya Allah...

6 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Cantiknya pemandangan kat sana! Hopefully one day dptlah jejak turki ni :)

    Jom Terjah: ketahui sebab & kenapa trend Fesyen Lelaki semakin popular sekarang ni!

    ReplyDelete
  3. Gaji tour leader berapa ?...kerja dia mula-mula macam mana ?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Please reply memang nk sangat tahu ...😆😆😆😆😆

      Delete
    2. kami tak di kira gaji, kami di beri alauan sebab kami memang staf yang di hantar untuk jadi tour leader.. ^_^

      Delete