11.8.16

BERGONJENG DI KRABI - PHUKET PART 1 (12 - 16 September 2015)

Assalammualaikum Uoalsss...

Kali ni aku nak cerita pasal trip aku dengan geng gonjeng kitorang di krabi aritu *walhal tahun lepas* hew hew.. Baru ada masa nak taip..

Kali ni ke krabi kami redah je, cuma kami book flight ticket dan book hotel saja siap-siap daripada sini. Aku macam biasa la, aku kureng sikit kalau kene naik Air Asia ni, aku lebih selesa naik MAS *sory Air Asia :p*.. Walaupon MAS dah tak pergi ke krabi, kami gigih naik flight turun ke Phuket.. Kalau ikut kan flight kami pukul 5 pagi, dah beria nau la nak kene tido airport la bagai, sekali delay sampai pukul 9 pagi daa.. Kemain lama delay, so boleh la gerak lewat sikit ke airport..

Sesampai nya kami di Phuket, dalam lebih kurang pukul 10 pagi. Plan asal kami nak naik ferry, tapi sebab sampai dah lambat,dah telepas nak naik ferry..
Maka alternatif lain untuk ke Krabi daripada Airport Phuket iaitu naik van atau minibus. Senang je nak cari perkhidmatan van atau minibus tu di dalam airport. 
Sebelum keluar daripada pintu airport tu, korang akan nampak banyak yang offer servis van, minibus dan kereta sewa, so korang servey la dulu mana-mana yang murah.. Macam kami aritu, naik van sebab kami 6 orang je. Tawar punya tawar, so kena bayar dalam 3600 baht 1 van..


Kitorang sewa van kat kedai ni.. Mula-mula da telepas da daripada pintu keluar airport, lepas tu mintak security nak masuk balik, die bagi masuk ikut pintu staff blah tepi. Huahua :p


          
Keluar je daripada airport, terus van atau juga di panggil minibus ni dah tunggu dah.. Belah kanan ni van yang kami naik.. Dalam 9 orang lah boleh muat..

But First, lets take a selfie dalam van..hew hew

Perjalanan daripada Airport Phuket ke Krabi lebih kurang dalam 2 jam, merujuk kepada keadaan lalu lintas.
Di Krabi kami menetap di Haleeva Hotel. Agak murah harga nya dan sangat dekat dengan semua kemudahan. Kami stay 3 malam dalam RM 200++ almost RM 300 lah lebih kurang.

             
Bagi can la hakak poyo-poyo swag sket posing depan hotel....

Aku suka gila katil macamni.. Sebab tilam nye boleh tolak sana sini untuk di jadikan meja makan-makan, untuk solat dan kalau bawak family ramai-ramai ke.. Seronok kan, rasa macam luas gila katil. First time aku jumpe katil macamni kat hotel tau dalam banyak-banyak hotel di negara-negara lain. Thorbaikk.. 

Lepas dah check in, ktorang rehat-rehat jap. Lepas tu sesiap untuk jenjalan sambil nak beli pakej untuk pergi pasar malam dan nak beli semua aktiviti yang boleh kami buat di sini.. 
   
Kemain panas jahhh hoii masa tu, mengelegak hotak hakak.. Ktorang pun jalan -jalan je di sekitar kawasan tu untuk servey mana harga yang agak murah yang boleh ktorang dapat.

Akhirnya ktorang masuk dalam 1 travel agent ni. Sebab panas sangat kan di luar, at least dalam ofis sejuk sket. hehe
Ceh, acah-acah tengok pilih pakej mana yang paling best

Kemain semua menyandau acah-acah VIP customer

Selagi boleh tawar, ktorang tawar sampai boss die pon naik fenin.. Huahuahua. 

Last-last ktorang berjaya dapat kan dalam 1900Baht seorang macamtu termasuk transfer ke pasar malam, phi phi island tour dan elephant ride. Yeayy. Dah kira agak murah dah la tu kan, jadi laa


Dalam jam 6 petang macamtu dah ada van akan datang depan hotel untuk pick up kita untuk pergi ke pasar malam.. So make sure standby la yo siap-siap, sebab mungkin ada jugak orang lain dalam van tu dan tak kuasa nak nunggu hengko lelame. huhu

Gambar-gambar di bawah ni pula antara juadah-juadah makanan yang pelik-pelik kat pasar malam tu. Korang makan la apa yang boleh makan je la yo. Jangan la hengko main tibai je makan ape yang ko rase rare, unless ko memang jenis suka mencuba tanpa pedulikan hape2, huahua

          
Mee Hoon Sup kat gambaq atas blah kanan tu yang aku makan masa malam tu. Sup daging lembu je pun, dah kedai tu pun memang halal dan muslim yang jual. Pandai-pandai la pilih makanan yo. Harga pun berpatutan.


Makanan bawah ni agak menarik la kan, macam mainan kanak-kanak pulak. Tapi tak tahu di buat daripada apa, so tak berani la nak makan. Sapa tau dorang buat tu daripada apa, angkat tangan!


Dan macam-macam lagi yang di jual kat pasar malam ni. Termasuk la lukisan, hasil kraftangan, makanan pelik-pelik tu memang harus la kan, souvenir, kedai baju, selipar, ada macam tempat foodcourt yang tempat ktorang makan tu dan macam-macam lagi. 
      


      

Cantek nye weehhhhh!!!


          Bergambaq sebelum masuk ke medan pasar malam. Weeee :D


Pic bawah kiri : Nasi goreng pon cantek.. 
Pic bawah kanan : Gambaq bawah kanan ni kalau tak salah sabun yang di ukir bunga.. Sayang pulak nak gunakan.. huhu


Amik Gambar kat kedai souvenir.. 


Geram weh tengok makanan seafood semuaaa... Arrghhhh!!!


DAY 2

Hari kedua kami ke Phi Phi Island. Dorang akan datang pick up dalam jam 8pagi macamtu.. Takde jauh mana pun. Tapi nak tunggu naik bot lame gak la berjemur kat tepi laut ni..

Route nya : Bamboo Island - Pi leh Lagoon (Snorkling) - Maya Bay - Viking Cave - Phi Phi Don (lunch) - Monkey Bay

Weee, seronok gilaa naik speed boat ni wehhh... Dah lah view cantik gilooo...
Indahnya ciptaan Tuhan.. 
Gambaq, Gambaq Dan Gambaq lagi.. Hehe
Maya Bay (gambar atas dan bawah)

Bagi Can la hakak nak posing-posing sikit. Cantek gilooo air laut nye wehh!!!

Berenyak-renyak dalam bot nak beteduh sebab tak tahan nak berjemur kat luar matahari yang terik..

Dah macam PATI pon ade aku tengok memasing ni. Serabai dah wehh!!

Ada Mat Saleh sebelah tu tanya berapa juta gambar yang kami amik selama kami dalam bot tu. Sampai dorang pon naik pening tengok. Keje nak berposing je la wehh.. huahuahua

Cantek Gila Air Nyeee!!!
Pi Leh Lagoon (gambar atas dan bawah)

Hakak Feeling Uoalss

Sebenarnya nak amik gambar dengan Raul seksi sebelah tu, huhu

Yeayy, seronok giloss dapat naik bot, main air laut dan snorkling. Gambaq snorkling takdak sebab semua terjun laut tak hengat doniaa.. huhu

Atas gambar sebelom, helok jeee.. Bawah gambar selepas, baraii!! hahaha
Acehh.. Ok ni last last last!

Memandanngkan terlalu panjang cerita ini, maka saya pecah kan kepada 2 Part.. Sila ke entry Part 2 yoo.. Thank you for reading! ^_^




3 comments:

  1. Panjangnye.. boleh buat 2 part.hehe.. Btw nak detail itenary boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. hehehe.. sorry3, nanti i pecah kan pada 2 part yer.. utk krabi ni aritu kami main redah je, tp flow itinerary tu mcm yang sy taip pjg berjela spt di atas tu laa yo.. ^_^

      Delete