1.4.17

BERGONJENG DI KRABI - PHUKET PART 2 (12 - 16 September 2015)

Memandangkan entry sebelum ni terlalu panjang, maka saya pecahkan pada 2 part. So, boleh la sambung baca next part gonjeng ini yo..



.......................
DAY 3
Elephant Riding - Blue / Emerald Pool - Hot Spring

Aku seram gila nak bagi makan gajah tu wehh. hwuaa.. Dok jauh-jauh je laaa


Elephant, say cheesee!! 

Soffi and Husband nya Geng baru ktorang untuk Elephant riding ni sebab geng lain semua lambat sangat kebelakang nun.. huhu

Geliii weehhhh!!...

Emerald Pool 
Daripada van ke Emerald Pool ni pon lebih kurang 300 meter dah berjalan dalam hutan. Emerald lagi 800 meter ke atas..

Emerald Pool 
Kami tak mandi kat Emerald ni sebab malas dah nak basah-basah baju untuk harini. Acah-acah celup kaki je jadi laa

 Amik gambaq je laa yang mampooo...
 


Blue Pool
Nak ke Blue Pool ni kena lalu Emerald Pool ni dulu. Tapi kami terus naik ke Blue Pool dulu sebab Blue Pool ni jauh gilaa lagi ke atas la wehh!.. Lebih kurang 800 meter lagi ke atas daripada Emerald Pool tu. So Total perjalanan kita akan berjalan kaki lebih kurang dalam 3200 meter. Perghh..! Tapi sebab selama ni dok tengok orang amik gambaq kat situ, makanya wajib la kena naik sampai ke atas tu kan. Sape geng yang gigih je la mampu sampai atas. Sape tak larat tunggu la kat Emerald Pool bawah tu je  
                
Kalau korang pergi sini kan, korang akan nampak ada orang tepuk-tepuk tangan sampai bunyi bising. Mula-mula aku tefikir gak, dah apehal dorang bising-bising dalam hutan ni. Rupa-rupanya, apabila kita buat bunyi bising, akan ada tindak balas dalam Blue Pool tu yang akan menghasilkan buih-buih daripada dalam dasar kolam tu. Ada tak ahli fizik yang boleh terangkan tentang bagaimana kejadian sebegitu terjadi?.Jhee.. Ok, selamat mencuba nanti yer uoalss ^_^..

Acah Stail la konon hakak bergambaq gini! haha

Hot Spring
Sini pon kami celup-celup kaki je..



Tour atas ni separuh hari je, so balik dalam jam 3 petang macamtu.
Balik je daripada tour semua di atas, terus pegi sewa motor lantas cari kedai makan tomyam. Perghh, lapaq bak ang masa ni.. Hwuaaa
Ada orang tu datang jauh-jauh oder kuah bening sayur masak air je. Memang kena bahan la kaann! *spot orang tengah baju putih* huhu
Lepas makan kenyang-kenyang apa lagi, sambung rempit laa.. Rempit la sangat, walhal 20km/jam je..haha
Benti tepi nak bergambau dengan patung tarik layar ni
Semua rasa teruja sebab pakai helmet comel ni.
Rempit punya rempit, sampai tergolek langgar kereta tokey spa. Mati la kene bayau, hwuaa * Nasib tokey baik terus dapat diskaun pergi berurut lepas settle bayar duit langgar lampu kereta mahal die* huhu
Aktiviti malam keja nya nak makan pancake pisang cheese je laa kannn..

                      


Ramai orang suggest kedai makcik Yaminlah ni (pic bawah), tapi pada ktorg kedai pakcik depan Family Mart tu (pic atas), area hotel tu lebih thorbaik kot!.. Hehee

Pancake Cheese Nutela. Perghh, thorbaikkk!!

Ni pulak Pancake biase letak susu je.. Sedap juga bagi orang yang kureng layan cokelat macam aku ni. huhu

DAY 4
Bertolak ke Phuket. Van akan ambik dalam lebih kurang jam 10 pagi. Maka aku pun sempat lagi round-round pagi tu cari makan walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai.

Ketagihan Green Tea bermula di sini. Memula aku tak berapa minum sangat green tea ni, sebab pada aku pahit gila kot. Tapi selepas perkena Green Tea pakcik ni, aku jadi gilaa nak minum Green Tea lepas balik malaysiaa.. huahua

Phuket

 
Ni gambar bilik kami di The Gallery Hotel kat Phuket. Boleh laa, ktorg dok hotel-hotel bajet je. Simple but nice.huhu

Sepanjang perjalanan kami ke phuket hujan turun dengan lebat nya. Perjalanan makan masa dalam 2 jam lebih sikit sebab hujan dan jalan agak bahaya berbukit bukau. Kami sampai dah petang, tapi tunggu hujan reda dulu baru keluar merayap. 

 
Memandang kan kami keluar pun hari dah nak senja, maka ktorang jenjalan kat tepi pantai dulu untuk begambo sebab nanti dah gelap dah tak nampak hapa kaann.
                        
Fefeelingggg Uoaallllsss!!!
Ni bekas kawasan yang kena Tsunami kat Phuket dulu. Sampai sekarang masih di biar kan kosong sahaja. Bangunan-bangunan mana yang rosak dan banyak yang di baikki.
                        

Lepas tu ktorang pun jenjalan cari makan, serius susah nak cari makanan halal kat sini weh. Ktorang sampai naik fedup gak laa. Last-last makan kebab kat kedai arab je laa.. Tu pun memula tak perasan sebab kecik je kedai nya teselit kat tepi laluan tu.

                            
Semua muka stress je sebab dapat makan kebab jee di kala hujan turun dan kelaparan..

Lepas makan kami jenjalan kat Bangla Walking Street. Sini je la pun rasa nya yang femes kat Phuket ni memalam kan. Banyak bar-bar dan tarian tiang, huahua :p


Walaupun cantek-cantek, tapi jantan uoalss! hahak *tutup matee*



Lepas tu kite pun beli baju-baju di bawah ni je la mampu. Belakang-belakang jalan tu macam ade kawasan kedai jual baju-baju. So boleh la sopink kat situ..
Lepas tu aku ada test Virtual Reality pertama dalam hidup aku kat kawasan Bangla Road tu.. Gila la mengigil kepala lutut aku weh.. Walhal member aku yang nak test, last-last aku pun terjebak samee.. *gambaq takdak sebab dok amik vid jaa*..

Lepas daripada jenjalan tu, kami pun pulang naik tuk tuk. Kemain bayar sampai dalam 60 baht seorang okeh. Membazir je!. die bawak pusing-pusing jauh. Sekali tengok hotel ktorang dekat je dengan jalan Bangla Road tu, boleh je jalan kaki pun. Hadoii~


Esok pagi-pagi, kami dah bersedia untuk pulang ke Malaysia.. 

Nak balik daaa.. Wehuuu~~


Di bawah merupakan lampiran gambar hakak feeling sebab seronok sangat bercuti tanpa nak fikir kan kerjaa.. Wehuu~~.. :D


Bagi Can sikit hakak nak posing.. Hehehe
Masa ni menunggu masa nak bertolak ke Phuket. Walaupun hujan renyai-renyai, gigih hakak ajak member hakak teman hakak fefeeling di pesisiran pantai.. Huahua

Ni posing trademark hakak. Jangan Tiru, huahua :p *pic bawah*

Di Airport Phuket. Flight delay kejap sebab hujan.

Sampai di sini sahaja lah dulu yo. Apa-apa yang dapat membantu info, silakan amik.. Kalau kurang atau ade kekeliruan info, ampun kan lah hakak yo sebab ni pergi tahun lepas. Dah hengat-hengat lupe, huhu.. Busy sangat sampai tak sempat nk hupdate. Sampai berjumpa lagi.. Ok Baii~~

No comments:

Post a Comment