21.3.17

KADANG-KADANG

Kadang-kadang kita rasa hidup kita selalu susah, tapi sebenarnya ada orang yang hidup nya hari-hari susah..

Kadang-kadang kita rasa tepaksa tahan lapar sebab kurang duit, tapi ada orang yang hari-hari berlapar sebab langsung takda duit..

Kadang-kadang kita selalu merungut atas sedikit rezeki nikmat yang Allah beri, tapi ada orang yang sentiasa bersyukur walaupun tiada nikmat rezeki yang datang padanya..

Kadang-kadang kita lupa, tapi akan ada yang selalu mengingat kan..
Maka, kadang-kadang itu sering datang pada kita..


Supaya akan untuk sentiasa datangnya seringkali..
Agar biasa.. Supaya tiada lagi kadang-kadang..


#PuisiLintasanHati By Anis Aziah

2 comments:

  1. Jika kita diatas, selalu lihat dibawah. Hulurkan tangan untuk bersama kita. Hehe

    ReplyDelete
  2. Apa-apa pun yang berlaku . Jangan lah mengeluh ..sentiasa berfikir kedepan

    ReplyDelete