5.4.17

EUROPE TRIP (FRANKFURT-SWITZERLAND) 13H10M PART 1

Assalammualaikum..

Setelah hampir setahun percutian ini, baru laaa ni aku rase terajin nak update blog. Hewhew ^_^

Percutian yang amat aku nanti-nanti kan ini memang buat aku happy bercampur neves sangat uoalss.. Walaupun kena bawak group seramai 30 orang, tapi pergi free sapa tak nak kan. Tanpa melepaskan peluang aku terima tawaran tersebut dan yahh, akhirnya impian aku untuk tengok tulip di Kuekenhof yang aku idam-idamkan tu tercapai jugak. Alhamdulillah.. 
Tapi, pulak nak di jadikan cerita 2 minggu sebelum aku pegi europe, aku kene ciken pop la pulakkk.. Maka, tahniah juga parut ciken pop sebab dapat pegi europe sekali, cesss -.-'..
First time aku pegi leading abah ikut hantar. Yeayy, thanks abah sanggup tunggu sebab nak hantar Anis.. Abah adalah kekuatan Anis, I love you very much :*..

DAY 1

Percutian kami menaikki kapal Etihad Airways dan transit di Abu Dhabi. Perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Abu Dhabi pada jam 7.20 malam yang mengambil masa hampir 8 jam tidak begitu terasa sangat. Transit di Abu Dhabi dalam 3 jam, so sempat la kami solat jamaq takhir di airport. Kami menyambung semula perjalanan untuk ke Frankfurt yang mengambil masa lebih kurang 8 jam juga. Sebenarnya aku tak berapa gemar naik kapal transit ni, kalau boleh nak terus sampai walaupun berbelas jam pun aku tak kisah dan sanggup je, hewhew..
Sesampainya kami di airport Frankfurt dalam jam 8.00 pagi waktu sana. Sampai sana memang dah habis subuh, so make sure solat dalam kapal terbang siap-siap yo dalam jam 5 pagi cenggitu. Airport Frankfurt tidak begitu besar mana, so senang la nak cari jalan keluar. Biase la, tugas sebagai tour leader ni memang agak mencabar part kat Airport, sebab kite pon first time sampai tapi kena buat-buat bijak je tahu selok belok kat negara orang kan, yang penting kene study hard sikit la pasal semua info kat negara tersebut.
Our driver sepanjang Europe Tour, Mr Fauzi (kecuali di London), muke nya ada iras2 imhotep dalam Mummy return, huhu

Kami keluar je pintu, driver bas dah tunggu sambil melambai-lambai tangan. Driver hari pertama aritu gantian kepada driver sebenar sepanjang Europe trip kami ni. Daripada Airport kami terus bergerak ke Romerberg yang merupakan kawasan bersejarah di German (ada 3 bangunan yang femes pada zaman dulu, rujuk pic), perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam. Pagi-pagi dah datang melawat, malangnya cuaca pada pagi tu hujan renyai-renyai dan agak menyukarkan kami untuk bergambar. Dia punya sejuk jangan cakap la weyyy!! hahakk.. So kami tak ambil masa yang lama di situ, kami terus ke HeidelBerg Castle untuk melawat istana lama yang dah tak di gunakan. Selepas mengambil masa lebih kurang 1jam di situ, kami ke Heidelberg City untuk bersiar-siar, makan (sebab last makan dalam flight, confirm semua lapaqq bak ang!), dan beli souvenir . Pada yang datang kawasan ni, sila la beli souvenir di sini banyak-banyak sebab murah dan banyak pilihan. Kawasan bangunan ni macam kota sesat weh,make sure korang ingat mana jalan yang korang masuk ok. Macam aku of course aku bawak peta, macam ala-ala treasure hunt pon ado.. Tehee..
Bangunan 3 tu je sebenarnya yang menjadi sejarah. Mengikut sejarah bangunan tu pernah menjadi tempat pendaftaran kahwin yang paling famous kat kawasan ni dulu. Untuk info selanjutnya, mohon google sendiri..huhu



All the ladies in the group


Belakang tu la Heidelberg Castle. Sebuah istana lama yang di tinggalkan dan tidak lagi di gunakan, namun masih di perlihara untuk kita melihat seni bina istana pada zaman dahulu.


Kekonon nak feeling Cheq Ta berada di tengah-tengah kebun bunga nan indah, gitueww


Sementara berjalan-jalan di kawasan Heidelberg City tu, sekiranya anda lapar maka boleh lah makan di kedai ini. Kebab nya memang terbaik, murah dan portion nya banyak sangat. Memang kenyang, jangan risau anda tidak akan kebuluran. Hehee


Bertentang dengan kedai Kebab tadi ada jual pelbagai souvenir yang anda boleh beli. Jangan risau dengan harganya sebab boleh je tawar-menawar. Paham-pahamlah orang Malaysia memang gemar mintak diskaun kan, temasuk la hakak.. Huahua

Habis je lawatan di seluruh kawasan Heidelberg, kami pun bertolak ke hotel untuk check in hotel. Untuk hari pertama memang check in awal sebab semuanya sudah hampir 24 jam tak mandi dan tak dapat tidur atas katil. Kami sampai di hotel dalam jam 4.00 petang lebih kurang. Bila dah check in tu dia punya nikmat jangan cakap la wehhh! Alhamdulillah selamat sampai di bumi German. Rasa macam mimpi pun ada woo!!.. ^_^
Di German kami stay di Hotel NH Weinheim.

 Gambar dalam bilik hotel : - 





 DAY 2

Selepas sarapan pagi, kami terus bertolak ke Switzerland. Lokasi pertama yang kami pergi adalah ke Tasik Titisee melalui hutan Black Forest yang mengambil masa hampir 4 jam perjalanan. 


Black Forest 
Cuckoo Clock
Sesampainya di kawasan Tasik Titisee ni, kami terus ke Cuckoo Clock di mana tempat pembuatan jam yang antik dan menarik yang sangat famous di kawasan ini. Boleh tahan mahal sangat-sangat jugak la harga nyaa, tak tahu la sapa je mampu beli jam kat sini.. Huhuuu
Lepas dan habis melawat, kami pun cari port untuk picnic masa lunch. Aku macam biasa la hari-hari aku makan nasi berahim. Lebih sedap makan sejuk-sejuk tepi tasik ni gitu. Siap bawak air teh panas dalam tarmus lagi tuu. Masa ni memang sejuk sangat angin nya sebab hari hampir nak hujan.
Jenjalan di tasik. Cantik sangat kawasan ni, nyaman sungguh!..

Cenggini lah selalu nasib tour leader iaitu sabar dan tabah menunggu para rombongan untuk berkumpul, Hewhew
Dalam perjalanan ke Schaffhausen, kami sempat berhenti solat di sebuah masjid dalam kawasan taman perumahan. Alhamdulillah, banyak masjid kat europe ni, so jangan risau untuk solat yaa..

Selepas tu, kami bertolak ke Rhine Fall Schaffausen iaitu air terjun terbesar di Eropah. Memang kami sangat bernasib baik kerana apabila kami sampai di situ, cuaca amat baik maka kami dapat naik bot untuk ke tengah air terjun tersebut. Alhamdulillah..
Yeayy, tu la air terjun nyaa.. Selama ni tengok dalam blog orang je, sekarang ianya depan mata. Wehuuu ^_^

Untuk ke tengah air terjun tu perlu menaikki bot. Terdapat beberapa bot yang berbeza warna yang mana menandakan kawasan yang di lalui oleh bot tersebut. Kami memilih bot berwarna kuning sebab bot kuning ni sahaja yang boleh drop orang di tengah-tengah air terjun tersebut. Bot lain ada yang lalu sahaja tapi tak drop orang. Lain warna bot, lain route dan lain juga harga nya yaa.. Pilih la mana yang anda mahuu..
Haaa, nampak kan kebesaran nyaa itu. Ni air terjun terbesar yer, bukan tertinggi atau ter ter yang lain. Maka memang nampak mcm takde la besar sebab dia ukur kelebaran saiz air terjun ni. Gitueww. Nampak tak ade puncak yang ada bendera atas tu, kita boleh naik ke puncak tu. Tapi kecik sangat kawasan tu, so hati-hati la yo bila naik sebab tangga nya pun agak curam jugak tu.
Wefiee semua ahli rombongan. 
Kawasan ni agak sempit, so berhimpit-himpit la yo nak amik gambar group..

Lepas puas menghadap air terjun, kami bertolak ke sursee di mana letaknya hotel untuk kami menginap malam tu. Di Sursee kami menginap di Sursee Hotel. 

Gambar dalam bilik hotel. Agak sempit aku dapat bilik kat Sursee ni..


Tapi yang best, bilik aku betul-betul depan cafe hotel. So aku boleh minum atau makan roti pada bila-bila masa sahaja yang aku nak. Tu yang best tu. Hotel ni pun benarkan orang masuk cafe dia 24 jam, lantak kau la nak makan ke minum ke sampai licin semua benda yang hadoo kat cafe deme ni. Sampai habis lah air kat mesin coffee tu kami bedal, hewhew..

Day 3

Pagi tu kami bertolak awal kerana pagi tersebut kami ingin ke Mt Titlis iaitu pergunungan Swiss Alps yang mana kawasan tersebut sentiasa salji sepanjang tahun kerana pergunungan tersebut merupakan pergunungan tertinggi di eropah. Memang best weyy, rugi sangat sapa tak merasa naik atas ni.

Dalam perjalanan ke Mount Titlis tu kami melalui perkampungan yang sangat cantik pemandangan nya iaitu di kawasan Engelberg. Best nye lahai kalau sapa duduk sini, memang tenang, aman dan saujana mata memandang sangat. Gigih betul dorang ni duduk jauh daripada segala kemodenan dan lebih seronok duduk di tempat yang terpencil dan nyaman seperti di situ..

Cantek sangat pemandangan gunung-ganang yang bersalut salji di depan mata itueww..

Comel je rumah-rumah di lereng-lereng bukit di perkampungan Engelberg ni..

Kami menaikki cable car untuk naik ke atas tu. Lebih kurang 15 minit perjalanan untuk sampai ke atas tu, dan perlu tukar 2 cable car untuk sampai ke puncak pergunungan.


Pemandangan daripada dalam Cable Car


Mula-mula naik Cable Car yang kecil ni dulu, rasa macam naik Genting je sebab sejokk gile wehh!..



Lepas dah naik Cable Car kecil, semua orang perlu turun dan naik Gondola besar ni yang boleh sumbat seramai yang boleh, tapi max 30 orang sekali gerak kalau tak salah. Memang macam sardin la gamaknya.  Tapi best wehh!! ^_^..Gondola ini merupakan gondola yang paling besar dan berputar di Eropah..

Wehuu, Abaaahhhh Anis dah sampai atas Gunung Alps niiii!!!! ^_^

Wefieeee ^________^

Tak sangka jumpa Shah Rukh Khan dan Kajol kat atas gunung ni. Dengar cerita dulu dorang berlakon cerita Dilwale Dulhania La Jayenge ni kat sini.. Mesti sejuk gilaa wehh

Dah puas golek-golek kat salji, kami pun turun semula dan terus bertolak menuju ke Lucern. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit ke 1 jam. Di Lucern kami ada Guide yang akan bawak untuk tour bandar Lucern. 

Posing sat kat bunga tulip cantek tepi jalan.

Lepas dah posing, makan sat tepi tasik yang sangat indah nan terbentang depan mata di temani itik-itik tepi tasik tu.
Tu Guide kami di Lucern. Nama nya Mdm Rosmarie

Masa tour city kat Lucern ni hujan sepanjang hari, agak menyukarkan juga perjalanan kami namun kami redahi jua dengan redhaa..
Melawat Lion Monument. Kawasan ni terletak di tengah-tengah bandar Lucern yang di panggil Old City. Terdapat sejarah di sebalik ukiran singa yang sangat besar di batu tersebut. Mohon google sejarah berkenaan, hehehe.. Bas tak park betul-betul depan kawasan ni, maka kami perlu berjalan kaki untuk masuk ke kawasan tersebut.
Kami melalui jambatan di belakang tu. Ada lukisan yang mempunyai sejarah di sepanjang jambatan. Jambatan yang di panggil Chapel Bridge tersebut agak unik kerana ianya terletak di tengah-tengah kawasan bandar.

Lepas kami puas membuat tour di sekitar bandar, Guide beri masa untuk kami shopping di Bucherer iaitu kedai jam yang besar dan terkenal di sini. Aku semestinya tak melepaskan peluang untuk beli jam swatch memandangkan jam swatch memang berasal daripada Switzerland kan. Nak beli yang lain tidak laa teman ni mampu wehhh, huahua.. Berdepan dengan bangunan tersebut terdapat sebuah bangunan di mana kita boleh beli semua souvenir di sini. Harga berpatutan iaitu di Casa Grande. Tak perlu tukar matawang swiss pun di sini, anda boleh beli apa saja dengan mata wang euro, nanti mereka akan kembali kan dalam duit swiss, boleh la simpan buat kenangan, heee..

Ini lah bangunan Casa Grande. Bangunan Bucherer lupa nak snap pic, boleh la google sendiri yoo.. ^-*



Lepas seharian dah mandi hujan dan letih berjalan, maka dalam jam 5 petang tu kami dah bertolak pulang ke hotel. 

Hari-hari seterusnya akan bersambung di entry seterusnya yaa sebab cerita nya panjang sangat. 13 hari punya cerita kan, dan aku pulak eksaited sangat nak cerita sebab trip Europe sememangnya amat menyeronokkan walaupun letih, namun itu semua tidak menghalang kita untuk bergembira. Weee ^___^

Chao Chin Chauuu... ^.^

No comments:

Post a Comment